Kira Sifir

Monday 9 April 2012

M.I 4 Dan Tangled 2?

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/b/b5/Mission_impossible_ghost_protocol.jpg



Akhirnya keluar jugak cerita Mission Impossible dvd dan bluray selepas berzaman menunggu. Mana taknya filem yang tayang lepas dia pun dah keluar bulray dulu sebelum. Rasanya kalau kucing boleh bertanduk boleh bertanduk dua kalilah haha. Cerita yang box office syarat dia memang tiga bulan lepas pawagam tapi macam 4 bulan pulak rasanya. Dulu cerita pirate 4 tunggu jugak takde pulak lama camni hehe. Lagi teruja nak tonton cerita ni kerana ia filem aksi dengan bintang ulasan yang tinggi. Adalah susah filem aksi untuk mendapat bintang tinggi. Jadi mesti cerita ni ada keunikannya berbanding dulu.

 http://ia.media-imdb.com/images/M/MV5BMTgzNDAxNDg2Nl5BMl5BanBnXkFtZTcwNzMzNTIyNw@@._V1._SY317_CR19,0,214,317_.jpg

Tangled, sesiapa pernah tonton cerita ni tak tahun lepas. Saya nak tengok gak tapi tak sempat nak carinya. Jangan terkejut pulak cerita ni dah bersambung. Dah keluar pun bukan keluar wayang tapi bluray. Terkejut tak kengkononnya haha. Cerita pertama dulu saya tengok ramai beri perhatian . Dan ada jugak keluar promo dekat tv. Dan rasanya box office jugak Top 3. Tapi yang ni tetiba dah keluar bluray, ingatkan cerita yang dulu tapi takkan baru sekarang keluar pulak. Dan lebih mengejutkan cerita ni tayang sebelum Beauty And The Beast 3D tayang masa Januari. Whatt, perasan jugak Beauty And The Beast tapi takde pulak perasan dalam senarai ada cerita ni. Mungkin cerita ni khas untuk media digital dan terhad pawagam kot sebab tu tak banyak promosi sangat.

No comments: